Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut adalah senarai risiko
penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi
yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
Perkembangan otak bayi belum
sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf
berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai,
sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus
untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan
otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak
mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat
apakah kandungan sebenarnya!)
Kajian menunjukkan bahawa
kanak-kanak yang diberi susu
ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
Para pengkaji juga mendapati
kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor
kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu
ibu dalam jangka masa singkat.
2. Diabetes.
Diabetes jenis I (yang diwarisi
secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas
kanak-kanak yang tidak diberi susu
formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa
kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap
diabetes.
3. SIDS (Sudden Infant Death
Syndrome).
SIDS ialah situasi kematian
mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya
kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula
lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.
4. Masalah pernafasan.
Peningkatan penyakit asma di
kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor
persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada
pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta
pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
Kajian menunjukkan pemberian susu
formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan
lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat
sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.
5. Jangkitan telinga.
Jangkitan telinga agak biasa
terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis
media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu
formula.
Jangkitan telinga sangat sakit
bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan
cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh
menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak
tersebut.
6. Kanser.
Kajian mendapati kanak-kanak
kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser
pada usia mudanya.
7. Jangkitan saluran
pencernaan.
Tidak dapat dinafikan masalah
sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula
meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa
penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit
dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian
susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang
menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu
ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup
dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan
jangkitan pada saluran pencernaannya.
Bayi yang minum susu ibu juga
jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering
mengalami masalah pembuangan air besar.
8. Keberkesanan vaksin.
Pemberian susu formula
mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap
penghasilan antibodi di dalam badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu
ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak
antibodi di dalam badannya.
(Catatan peribadi: pemvaksinan
ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan
vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi
badan daripada jangkitan penyakit.)
9. Perkembangan rahang dan
otot muka.
Adakah anda menyedari bahawa
teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi
yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa
bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
Perkembangan rahang, otot muka
dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak
nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan
rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
Penyusuan ibu menjadikan
pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan
rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.
10. Obesiti
Bayi yang minum susu formula juga
terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan
remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah
kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan
diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung,
alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.
Mungkin ibu-ibu diluar sana tertanya-tanya
kebaikan susu ibu kepada bayi anda, terutamanya pada mereka yang baru
bergelar ibu tapi mungkin ramai juga diantara kita yang telah mengetahui
kelebihan susu ibu. Melalui hasil pembacaan hari ini , terdetik di hati
ini nak berkongsi sedikit maklumat mengenai kelebihan susu ibu ini
berbanding susu formula. Harap-harap dapatlah bermanfaat untuk semua
ye…
susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.
Apa pula pentingnya kolostrum ini pada bayi?
Sebenarnya kolostrum ini boleh membantu bayi anda untuk mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.
Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari dan sekaligus susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
Kelebihan Susu Ibu
Banyak lagi faedah yang boleh diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.
Antaranya ialah
1) Susu ibu meningkatkan perkembangan otak dan saraf bayi anda dan kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.
2) Menyusukan anak dapat membantu ibu untuk mengurangkan berat badan kerana penyusuan ini dapat membakar kalori
3) Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit kerana susu ibu mengandungi bahan anti kuman yang dapat melindungi bayi dan belum ada lagi bayi yang alah dengan susu ibu.
4) Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu kerana dapat merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.
5) Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
6) Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.
Mari kita lihat pula antara kekurangan susu formula dibandingkan dengan susu ibu ialah
- khasiatnya yang tidak sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.
- Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap oleh bayi.
- Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna.
- Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.
- Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.
- Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.
- Beberapa proses tertentu perlu dilalui untuk menukar kondisi susu dari bentuk cecair ke bentuk serbuk. Jadi disini boleh lah dikatakan ianya tidak lagi semula jadi berbanding dengan susu ibu
1) Sesiapa sahaja boleh memberikan susu kepada bayi dan tidak semestinya ibu sahaja
2) Frekuensi penyusuan kurang kerana penghadaman susu yang perlahan, bayi akan tidur lebih lama.
3) Ibu tidak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri kerana tidak perlu risau tentang penghasilan susu badan
Susu Ibu VS Susu Formula
Susu ibu atau susu formula.Mana satu pilihan anda?
Dalam surah Lukman ayat 14, Allah menjelaskan ;
“dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)” (31:14)
Juga dalam surah Al-Baqarah ayat 233 Allah menegaskan ;
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu” (2:233)
Islam menggalakkan supaya bayi yang baru lahir diberikan susu ibu sejak daripada hari pertama mereka dilahirkan…banyak kajian telah membuktikan susu ibu mempunyai kelebihan berbanding susu formula yang mudah kita dapati di pasaran kini namun apapun terserah lah kepada para ibu di luar sana untuk memilih samada memberikan susu ibu atau susu formula kepada bayi anda..saya hanya kongsikan yang menilainya anda…
Insyallah saya akan kongsikan artikel yang lain selepas ini….harap berjumpa lagi…
Sumber
Perkongsian adalah diambil dari
sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.
PENAFIAN: Artikel yang disiarkan didalam blog ini adalah sekadar
rujukan / panduan sahaja. Pembaca dinasihatkan agar merujuk dengan pihak yang
bertauliah dan terlatih dalam bidang berkenaan sebelum mempraktikannya.
Sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang
diperolehi daripada blog ini adalah atas risiko dan tanggungan pembaca sendiri.
0 comments:
Catat Ulasan