Bengkak susu dan lecithin

BAGAIMANA UNTUK KURANGKAN BENGKAK SUSU???

 

 

   Assalammualaikum & salam sejahtera. Harapan Nurul agar anda semua sihat sentiasa. Hari ini Nurul ingin berkongsi dengan anda tentang petua kurangkan bengkak susu. Bengkak susu ni selalunya terjadi di awal tempoh berpantang selepas kelahiran bayi. Mamamia pun pernah alaminya sewaktu didalam pantang..sakitnya..MasyaAllah..rase macam nak nangis. Bila pump,tak kuar pula!terus nurul contact kawan nurul yang bekerja sebagai bidan terlatih (midwife). Beliau menyuruh Nurul rendamkan towel bersih dalam air sejuk,tekap kat cik B..bila dah kurang rasa sakit tu,rendam towel tadi kedalam air suam pula then tekap kat cik B;lepas tu pump secara manual (marmet)

Pengalaman pertama bergelar ibu memang sangat menakjubkan..apatah lagi bila dapat menyusukan bayi anda dengan susu ibu..tapi keseronokkan itu mungkin akan terganggu sedikit disebabkan oleh payudara bengkak..payudara yang bengkak akan menyebabkan payudara anda rasa berdenyut-denyut, mengeras, sakit bila disentuh terasa penuh dan sangat tidak selesa..

Pengalaman payudara bengkak ini adalah perkara biasa bagi para ibu pada minggu pertama selepas melahirkan. Anda yang mengalami payudara bengkak ini mungkin akan demam..tapi jangan risau sebab keadaan ini hanya sementara sahaja.
 
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila anda mengalami masalah bengkak susu.
  1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
  3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
  4. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
  5. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
  6. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  7. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
  8. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
  9. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
  10. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
  11. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
  12. Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.
INFO TAMBAHAN
  • kita akan jarang mengalami bengkak susu apabila sesudah beberapa bulan kerana cik B sudah "faham" akan tugasnya!
 
Mana-mana ibu yang pernah mengalami masalah Bengkak Susu ataupun Susu Tersumbat pasti tahu betapa terseksanya rasa. Dah la susu tersumbat, sebelah lagi susu sikit pulak. Terpaksa bancuhan susu formula untuk anak…

Apa Punca Susu Boleh Tersumbat dan Menyebabkan Bengkak?

Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. Boleh rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih jelas (Gambar dipetik dari MayoClinic).


 Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:
  • Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
  • Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
  • Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
  • Jangkitan yis
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Salah cara lekapan bayi
Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

Bagaimana Cara Melegakan Susu Tersumbat?

Cara-cara berikut boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu:

1. Susukan anak sekerap yang boleh

Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2. Cuba variasikan posisi penyusuan.

Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar.
Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3. Tuam

Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4. Berehat

Dapatkan  rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5. Susukan anak yang lebih besar

Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6. Gunakan teknik “Pressure Massage“

Gunakan tapak tangan untuk ‘menolak’ susu yang tersumbat ke arah puting. Cara ini mungkin agak sakit, tapi sangat membantu.




7. Amalkan Lecithin dalam diet harian

Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.
Cara pengambilan Lecithin nurul akan guide nanti TIP TOP consultant

8. Kuatkan imunisasi tubuh

Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi badan pengambilan supplement seperti Garlic, Nutriferon dan Performance Drink.

Anda berminat untuk mendapatkan Lecithin Shaklee untuk melegakan masalah susu tersumbat anda?

  Anda juga boleh menghubungi saya di nombor yang tertera untuk tempahan dan consultant

sms 017 5878940
whtapp 019 6550749
page mamazara vitamin centre
page shaklee d mamazara
FB nurul nurshida rosnan
FB nurl nurshida vitamin





0 comments:

Catat Ulasan