masker muka denan vitamin c & vitamin e

Bermasker Bersama Vitamin C dan Vitamin E


Semalam first time nak try buat masker Vitamin C dan Vitamin E. Maklumlah nak pergi spa memang tak sempat lah dengan adanya si kecik ni. Tapi kulit lepas bersalin faham-faham je la kan..memang lain la sebab perubahan hormon. So semalam gatal tangan nak try buat masker ni. Masker yang paling murah dan selamat. Tak perlu buang masa pergi spa dan buang duit sebab kesannya pon kita tak tahu macam mana. 





Cara membuat masker menggunakan Vitamin c dan Vitamin E:

1) Sediakan bahan seperti Vitmain C 1 biji dan Vitamin E 1 biji. Kalau 2 biji tu dalam RM 1.50 sahaja. Murahkan??


2) Ambil Vitamin C dan hancurkan. Gunalah kaedah macam mana pon asalkan hancur.

3) Cucuk Vitamin E dengan jarum yang bersih dan picitkan ke dalam piring.

4) Gaulkan Vitamin C dan Vitamin E bersama sedikit air sehingga sebati

5) Boleh sapukan di seluruh kawasan muka dan tunggu sehingga kering, baru bilas dengan air bersih

Sangat mudah kan? Hanya semudah A, B, C. Kesannya??memang kulit jadi lembut dan dapatkan kecutkan jerawat yang baru tumbuh. Jom amalkan secara konsisten. Hasilnya kulit licin, gebu dan cantik.

0 comments:

Catat Ulasan