Ibu Mengandung : Vitamin yang penting dan yang boleh diambil

Ibu Mengandung : Vitamin yang penting dan yang boleh diambil

Source

Memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :

Protien :
- Membina dan perbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Sel terbina dari protien. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
- Membantu perkembangan kuku, rambut dan kulit.  Protein yang berkualiti membantu pertumbuhan yang baik
- Memberi tenaga kepada ibu hamil
- Mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu hamil

Multivitamin dengan zat besi :
- Memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ.
- Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
- Memastikan bacaan HB yg baik/normal sepanjang kehamilan.
- Mengurangkan sakit2 badan ketika hamil.

B complex :
- Mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk Asid folik dan B12.
- penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
- Asid Folik penting utk mengelakkan kecacatan tulang belakang pada bayi. (Kecacatan spina bifida).
- memberikan tenaga dan mengelakkan stress atau kelesuan

Vitamin C :
- pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
- Membantu menyerap zat besi
- Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia dan sebagainya.
- Mencegah selesema
- Menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi

Kalsium :
- pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
- keperluan kalsium harian ibu hamil adalah 1300mg.
- mengelakkan kalsium ibu diserap oleh bayi.
- kesan kurang kalsium yg paling ketara ialah kerosakan gigi ketika hamil dan masalah kekejangan.
Omega : membantu pembentukan sel otak.
Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Shaklee Collagen Powder kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

 



0 comments:

Catat Ulasan