Punca-punca Wanita Nampak Tua
| Ada yang antara perempuan dalam lingkungan 20an tetapi sudah
kelihatan seperti 30an. Jom baca apakah Punca-punca Wanita Nampak Tua.
Punca-punca Wanita Nampak Tua
Alasan ‘awak nampak tua!’ ‘awak dah
gemuk ‘ dan ‘awak tak secantik dulu’ selalu diberi oleh segelintir suami
kepada isteri sebagai tiket untuk cari perempuan lain atau berpoligami.
Tapi si suami tak sedar , isteri mereka nampak tua dan gemuk disebabkan
sikap ignorant mereka jugak…..
Tahukah anda;
1. Makan dengan perlahan dan mengunyah
makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses
penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. Tapi kaum ibu,
mereka terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah
kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Si suami, selamba saja sambung
makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah
jadi gemuk sebab tak sempat nak hadam makanan betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat
mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh
anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya…takut
membazir.. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya
mengatakan “awak ni kuat makan betullah!”
3. Bila anak menangis tengah malam nak
susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga.
Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh
kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur,
mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula
timbul. Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna.
Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan
kecantikan; minum air banyak-banyak, dan TIDUR SECUKUPNYA.
4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah
penat bekerja nak membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik
rumah, semuanya dia yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak,
perangai bapak anak.. Nak itu, nak ini. Jadi, wanita pun membebel,
marah-marah… Dan bila banyak marah dan banyak berleter, cepatlah pula
menjadi tua walaupun marah kerana sayang.
Kesimpulannya, wanita cepat tua &
cepat gemuk adalah disebabkan segelintir LELAKI atau lebih tepat lagi
segelintir SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.
Kalau sehari je isteri korang takde, dan korang perlu memikul
tanggungjawab dia, nescaya hidup korang akan tunggang-langgang.
Jangan pandai ambil jalan mudah,
tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab korang & pergi cari
perempuan kurus keding. Dan kalau nak isteri tu cantik, janganlah
kedekut nak belikan produk2 kecantikan.
0 comments:
Catat Ulasan