TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN

TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN


Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.




1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan

--> Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini. 

2. Bersedia Untuk Menunggu

--> Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya. 

3. Jangan Ambil Hati

--> Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja. 

4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus

--> Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir. 

5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri

--> Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.
Sangat penting!Sila Share untuk suami anda..or siapa2 lah yer..






 DAFTARLAH SEBAGAI AHLI
JADI LAH SALAH SEORANG DALAM GROUP 
mamazaravitamincentre.blogspot.com
HARGA NYA LEBIH JIMAT..
ANDA DAH LAMA RASA INGIN MENJADI AHLI SHAKLEE?

ANDA NAK JIMAT DENGAN PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE?

SAMBIL-SAMBIL GUNA PRODUK DAN DAPAT BONUS BERUPA CASH BACK?


Ingin menjadi sebahagian dari kami?

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% - 20%?

ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?

Mudah sahaja hanya klik di sini:

 ------------------------------------------------------------------------------------------------
 Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit Pertanyaan, konsultasi dan order boleh hubungi saya di:

jika berminat anda boleh terus pm saya
FB nurul nurshida rosnan (KLIK SINI)
FB nurul nurshida vitamin (KLIK SINI)
ATAU
SMS/WHATAPP/WECHAT/TELEGRAM

2 comments:

  1. teringat nak lahirkan anak no 3, tgh mlm lepak2 kedai kopi ingt ke boleh lah keluar terus. tapi sbb dh tggu lama sangat (read: sampai kedai kopi tu tutup pkul 1 pagi) pun tak keluar2, last2 balik umah paksa bini mop lantai kasik cepat ckt branak. lepas sejam dua mop terus keluar! terus pecut g spital! itulah anak no 3.

    BalasPadam
  2. lawak atok...saya masa first time bersalin mcm tu juga..pagi2 tu dah sakit2,jadi husband bw la g spital,tapi seblm tu sempat g sarapan dl.heehe.lps tu jam 9 pagi masuk emergency sampai 1 ptg.last2 doc suruh balik sbb lambat baru 1cm.. disebabkan nk cpt beranak suami bawa g shoping..jln2 pas tu joging..esoknya trs beranak.. kenangan manis sesangat..

    BalasPadam