Anak Keliru Puting Bagaimana Cara Mengatasinya

 Anak Keliru Puting Bagaimana Cara Mengatasinya


Masalah yang biasa berlaku kepada ibu2 menyusu. Tiba tiba sahaja anak tak nak menyusu dgn anda. Dah sua, paksa pon masih meraung tak nak. Bila anda dah give up, anda cuba bagi susu melalui botol, macam kat rumah pengasuh. Peliknya, itu pon dia taknak. kenapa ye? 

Ni adalah salah satu permasalahan paling besar pernah terjadi kepada kawan nurul semasa menyusukan anak ke3. Tetiba sahaja anaknya tak nak menyusu direct . Pertama kali terjadi sewaktu umurnya dah 6 bulan. Hairan juga, Kenapa pula sekarang baru dia nak reject,walhal dah 4 bulan dia minum susu melalui botol di rumah pengasuh dan meyusu terus dari ibunya semasa di rumah. Meraung tak nak menyusu. 



pada ibu2 yang menghadapi masalah ini,sedikit panduan yang boleh saya beri berdasarkan pengalaman saya sendiri dan beberapa ilmu yang saya gali menerusi pembacaan. 

Masalah di atas lebih dikenali sebagai keliru puting atau nipple confuse.  

Pertama sekali, punca keliru puting harus dikenalpasti. Antara punca utama keliru puting adalah: 
1. Bayi dikenalkan dengan puting tiruan (pacifier) 
2. Rutin harian ibu berubah. contohnya, menukar minyak wangi 
3. Pemberian susu melalui botol. 
4. Susu makin kurang/lambat terhasil  

Pakar laktasi mengesyorkan supaya perahan susu ibu diberi melalui cawan dan sudu untuk mengelakkan masalah keliru puting. Lagipon saya tahu ramai ibu ibu taknak susahkan pengasuh. Jadi, memang diberi susu melalui botol. 

Namun,  anak nurul tak diberi puting tiruan. Selain takut nnt gigi anak saya akan menjadi "jongang", pemberian puting tiruan menjadi punca utama bayi taknak menyusu dengan ibunya. Dan pada saya, penggunaan puting tiruan kurang "hygenic". Selain itu, puting tiruan membuatkan bayi lebih selesa dengan puting plastik berbanding puting ibu. Akibatnya. bayi makin kurang menyusu. Bagi ibu2 yang kurang mengepam, perkara ini akan menjadi punca susu semakin kurang apabila konsep asas penghasilan susu ibu tidak dipatuhi yakni, makin kerap bayi menyusu atau susu diperah keluar, makin banyak susu terhasil. 

Keliru Puting
apabila diselidik rupa-rupanya anak kawan nurul tak nak menyusu disebabkan kawan nurul pakai perfume pada hari itu ,ye la nak pergi keja kan..

Tapi Kalau dah tetiba dah jadi macam ni, apa yang patut kita buat? 

• Perkara terpenting ialah untuk bertenang. kalo dua2 ibu dan anak pon dok mengamuk sorg taknak nyusu, sorg plak dok paksa, keadaan akan menjadi tegang dan menghasilkan stress. Kalo agak kita dah stress, tinggalkan dulu bayi tu. bagilah kat ayah dia ke, atau pon letak dulu. Sebagai manusia, stress mungkin membuatkan kita hilang pertimbangan dan kesabaran  

• Semasa dia melalak, cuba tarik perhatiannya dengan ape2 bunyi. Mungkin pelik atau lucu, saya praktikkan bunyi panggil ayam untuk menarik perhatian Alisha dan ia berjaya. Cubalah nyanyi ke zikir ke kuat2, buat cam Ahmad Albab ke. 

• Cuba pelbagaikan cara untuk menyusukannya. Contohnya, cuba suakan susu anda kepadanya sambil berbuai. Sambil2 tu jalan2, tepuk2 bayi anda. Sling atau wrap boleh membantu jika saiz baby anda cam anak2 saya :) 

 • posisi yg dua dua enjoy, baby boleh react kalo org yg dukung dia x selesa-baby pun mcm x selesa 

• Sentiasa offer nipple pada baby (setiap 30 minit) walaupun ketika itu kdg2 baby mengamuk sakan bila kita letak nipple di mulutnya. Yang penting, time ni hati ibu kena "KERAS" walaupun sebenarnya kita tak sampai hati kan tengok baby nangis, tapi cuba la dulu sampai baby mula menerima nipple kita..antara kaedah yang boleh dipraktiskan ialah offer nipple sebelum baby lapar • Susukan bayi anda semasa dia dalam situasi tenang dan mamai. Contohnya di tengah2 malam ataupun awal pagi.  

• Cuba banyakkan skin-to-skin contact dengan bayi. Caranya, ibu tak perlu pakai bra ketika di dalam rumah.manakala bayi plak hanya pakai pampers je. Biar bayi tido kat dada kita. Bagi ibu2 yang bekerja, ambil cuti sehari dua jika perlu untuk meluangkan lebih masa dengan bayi. Kalau pandai, boleh pakai wrap atau sling, biarkan kulit anda dan bayi bersentuhan. Ini adalah bertujuan supaya baby itu sentiasa kenal dengan bau ibunya. Cara yang dikenali sebagai Mothercare Kangaroo Wrap ni amat berkesan untuk membantu bayi pramatang sihat dengan cepat dan penyusuan susu ibu juga turut berjaya 

• Bagi ibu yang baru nak melatih bayi minum melalui botol, biar org lain yang bagi. Mintak tolong suami ke mak ke asalkan bukan anda yang bagi. Jadi, dengan kita bayi hanya akan dapat original nipple, bukan puting plastik. Guna botol hanya apabila perlu, bila di rumah pengasuh contohnya.Penggunaan botol yang terlalu kerap boleh buatkan bayi lebih sukakan botol berbanding ibu.  

• Bagi baby bila breast dh nak let down..timing masa mana baby nak susu, then dekat2 dengan waktu menyusu dia, pam utk stimulate kan breast, rasa2 dh nak letdown, bagi baby..so x der la baby tu tertunggu2 nak dpt susu..sbb dia dh biasa dgn botol yg x perlu kerja keras tu kan..? 

• Apabila berjaya, jangan lupa puji bayi anda. Memang dia tak faham tapi suara ibu yang gembira dan menenangkan melatih bayi menjadi tenang, gembira dan rasa disayangi.

• Dan yang paling utama, doa tawakkal dan sabar. Bukan senang nak bagi yang terbaik buat bayi kita, pasti ade cabaran dan dugaan.  

Perkara2 di atas nurul juga praktikkan semasa saya menghadapi masalah yang sama. Terus terang, Sememangnya stress bila perkara tersebut berlaku. Namun, dengan sokongan suami dan doa yang tak putus2, nurul berjaya melaluinya. Mengatasi masalah nipple confuse tidak mudah. Ade yang mengambil masa sehari dua saja, dan boleh membawa selama seminggu dua. Ibu harus banyak bersabar kerana anda tidak berseorangan.

Oh ya, insyaAllah supplemen juga membantu ibu mendapatkan stamina dan menangani stress "berperang" dengan bayi....xsalahkan mencubakan demi anak tersayang.....& untuk kesihatan ibu juga.


 UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG SET DI ATAS KLIK SINI



 
HARGA?
MURAH JER DAFTARLAH SEBAGAI AHLI,
JADI LAH SALAH SEORANG DALAM GROUP

mamazaravitamincentre.blogspot.com

HARGA NYA LEBIH JIMAT..
ANDA DAH LAMA RASA INGIN MENJADI AHLI SHAKLEE?
ANDA NAK JIMAT DENGAN PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE?
SAMBIL-SAMBIL GUNA PRODUK DAN DAPAT BONUS BERUPA CASH BACK?

Ingin menjadi sebahagian dari kami?
Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% - 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:

CARA JADI AHLI SHAKLEE
------------------------------------------------------------------------------------------------

Produk ini bukan bertujuan mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit Pertanyaan,
konsultasi dan order boleh hubungi saya di:

jika berminat anda boleh terus pm saya
FB nurul nurshida rosnan (KLIK SINI)
FB nurul nurshida vitamin (KLIK SINI)
ATAU SMS/WHATAPP/WECHAT/TELEGRAM
019 6550749


0 comments:

Catat Ulasan