buat suami tercinta |
Bahan-bahan;
Ayam yang telah dipotong dalam ketulan kecil,udang,sotong apa2 la korang suka
1 batang carrot dipotong bulat (nak tambah baby corn dan cendawan pun boleh)
1 labu bawang besar dimayang kasar
1 kiub perencah tomyam
5biji limau kasturi/limau nipis (atau ikut suka korang, bergantung tahap masam yang selesa pada lidah)
2 helai daun limau purut
10 biji cili api - ketuk
1 ulas bawang merah dan bawang putih untuk menumis (mayang halus)
1 batang serai diketuk kasar (sekali ketuk cukuplah)
Lengkuas
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis
Kotiaw
Cara-caranya ;
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih, goreng hingga bawang layu;
- Masukkan ketulan ayam dan balik-balikkan sehingga separuh masak;
- Masukkan serai lengkuas dan kemudian masukkan air sehingga tenggelam ayam berkenaan atau ikut suka berapa banyak kuah yang korang nak;
- Biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kiub tomyam knorr dan perahkan limau serta cili api;
- Masukkan sayuran (carrot, baby corn atau cendawan) dan bawang besar;
- Masukkan daun limau purut serta garam dan serbuk perasa; dan
- Biarkan mendidih, kemudian rasalah. Kalau rasa semua dah ok, boleh tutup api dan hidang untuk dimakan.
Haaa,
senangkan? Aku tak reti nak masak susah-susah nie. Cukup yang
simple-simple je. Boleh share dengan adik-adik untuk depa plak try
masak. Adik-adik ku sayang yang baca blog ahkak nie, try le masak! Aku
suka tomyam yang kuah dia tak pekat sangat dan tak pedas sangat. But,
masam mesti lebih. Barulah boleh tonggeng mangkuk untuk hirup! Uh ...
nikmatnya!
Okehlah, cau cin cau dulu ya! Adik-adik sayang jangan lupa cuba hokeh!
0 comments:
Catat Ulasan