Pemerahan susu ibu menggunakan tangan
Tahukah
ibu-ibu bahawa pemerahan susu boleh dilakukan tanpa menggunakan alat
bantuan khas? Dengan menggunakan tangan, pemerahan susu bukan sahaja
paling mudah, berguna tetapi juga lebih bersih. Kaedah ini juga boleh
dilakukan di mana-mana tanpa ibu khuatir akan ketiadaan alat bantuan
pemerahan susu. Perlu diingatkan, sebelum melakukan pemerahan susu
dengan tangan, pastikan tangan ibu dibersihkan dengan menggunakan sabun
dan air bersih. Bersihkan kawasan areola dan puting dengan menggunakan
air suam. Anda harus menenangkan fikiran, dan bayangkan wajah bayi anda
untuk merangsang pengaliran susu. Kemudian ikuti beberapa panduan yang
lebih mendalam untuk para ibu sebelum melakukan pemerahan.
Urutan
- Lakukan urutan perlahan-lahan pada payudara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu. Pastikan ibu duduk atau berdiri dengan selesa dan pegang bekas dekat dengan payudara ibu.
Sentuhan
- Ibu perlu merasa kawasan hujung areola (tampuk hitam) sehingga menjumpai kawasan di mana payudara yang mempunyai rasa yang berbeza. Ibu akan merasai seperti berbiji-biji. Ini adalah kawasan di mana terletaknya saluran susu.
Mengampu
- Letakkan ibu jari pada kawasan berbiji-biji tersebut dan jari telunjuk diletakkan bertentangan ibu jari atau sebaliknya. Ibu boleh mengampu payudara dengan jari yang lain atau menggunakan tangan yang sebelah lagi.
Menekan
- Tekan payudara ke belakang, kearah dada dan kemudian dengan perlahan-lahan tekan ibu jari dan jari telunjuk serentak. Ini akan membantu pengeluaran susu.
Penitisan susu
- Tekan dan lepaskan, tekan dan lepaskan berulang kali sehingga susu menitis keluar. Ulangi beberapa kali mengikut pusingan untuk mengosongkan semua bahagian payudara.
Perahan susu
- Perah susu ke dalam bekas yang bersih dan disteril.
Merangsang
- Perah setiap payudara. Beralih ke payudara yang sebelah lagi sekirannya pengaliran susu telah berhenti. Ibu boleh berhenti seketika dan mengurut payudara untuk merangsang aliran susu dan menyambung perahan semula.
Keringkan
- Setelah selesai, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting
Penyimpanan
- Simpan kuantiti yang mencukupi di dalam satu bekas untuk satu kali penyusuan sahaja.
- Sebagai tips untuk para ibu, perahlah susu ibu dengan lebih kerap, lebih kurang 2 jam sekali atau apabila payudara terasa penuh. Jangan lupa mengambil pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi memenuhi keperluan ibu yang menyusu.
All the best BF moms;)
So takde pump yang canggih sekalipun x semestinya kita tak boleh pam susu kan.
0 comments:
Catat Ulasan