cara makan set subur shaklee

Assalammualaikum

Hari ini saya nak berkongsi  tentang cara makan set suburan Shaklee. Cara makan ini dicadangkan berdasarkan pengalaman cara makan yang paling berhasil daripada pasangan-pasangan yang telah berjaya memperolehi cahaya mata setelah mengamalkan set kesuburan Shaklee termasuklah customer-customer saya sendiri.

So far alhamdulillah, saya ada beberapa customer yang memang consume Set suburan Shaklee sebagai salah satu usaha mereka untuk mendapatkan cahaya mata..ada beberapa orang daripada mereka telah berjaya hamil dan sedang menunggu masa untuk melahirkan, insyaaAllah..Set suburan ini bukan saja diambil oleh pasangan yang baru nak mendapatkan cahaya mata, malah yang berusaha untuk dapatkan anak ke 3, ke 4 pun juga boleh mengambil set suburan Shaklee ini. Kadang-kadang masalah kesuburan juga berlaku pada pasangan yang telah punya anak. Saya kategorikan mereka yang mengalami masalah kesuburan ini kepada 3 kategori.

TIGA Kategori Pengguna Set Kesuburan


  1. Isteri ada masalah haid, haid tidak teratur @ hormon tidak stabil
  2. Suami Isteri tiada masalah, pernah dan telah buat pemeriksaan doktor, mungkin telah ada anak, cuma belum ada rezeki untuk hamil lagi atau hamil pertama kali.
  3. Isteri pernah hamil, tetapi keguguran

Setelah mengetahui anda berada dalam kategori yang mana, maka lebih mudah untuk anda memilih cara makan set kesuburan Shaklee yang sesuai untuk anda dan pasangan.

Secara umumnya vitamin asas untuk masalah kesuburan adalah seperti berikut:

Untuk Isteri:

  • BComplex(dengan Folic Acid)
  • GLA Complex


Untuk Suami:

  • Zinc Complex
  • Vita E Complex



  • Bagi kategori pertama, biasanya saya akan mencadangkan isteri supaya menambah Alfalfa dalam set kesuburan(GLA Complex+ BComplex) untuk membantu mengatasi masalah hormon yang tidak stabil dan haid yang tidak tetap.
  • Kategori kedua memadai mengambil set asas ini sahaja.
  • Kategori ketiga dicadangkan menambah minuman berprotein ESP untuk membantu menguatkan dinding rahim dan kesihatan dalaman isteri. Protein diperlukan untuk pembinaan sel baru dan membantu memulihkan kesihatan rahim isteri yang pernah mengalami keguguran.

Untuk mereka yang mengambil Vitamin Asas Set Kesuburan Shaklee, suami boleh mengambil Zinc Complex dan Vitamin E sebagai usaha bersama untuk mendapatkan cahaya mata.

Apa peranan Zinc Complex dan Vita- E untuk suami?

Zinc Complex: Zinc dapat meningkatkan bilangan, motiliti (pergerakan sperma berfokus) untuk membantu meningkatkan peluang persenyawaan dengan ovum, insyaaAllah.

Vita-E Complex: Gabungan Vitamin E dan Selenium dalam Vitamin E Complex dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan kualiti sperma. Ia juga membantu meningkatkan keinginan seksual suami yang dingin.

Cara makan Set suburan Shaklee

  • Bagi suami, bolehlah mengambil 1 biji Zinc Complex semasa perut kosong atau sebelum makan sekali sehari. Vitamin E boleh dimakan sebiji sehari sebelum tidur.
  • Bagi isteri, cara makan B-Complex adalah 1 atau 2 biji sehari untuk bekalan acid folic. 
  • Untuk pengambilan GLA Complex, cara makannya adalah berbeza mengikut kategori masalah isteri tadi. Sebaik-baiknya sebelum mengambil GLA Complex, lakukan ujian UPT terlebih dahulu untuk memastikan anda bukannya hamil. JIKA TELAH HAMIL, PENGAMBILAN GLA COMPLEX HARUS DIHENTIKAN SERTA MERTA.

Bagi pengambilan GLA Complex:
  • Isteri ada masalah haid, haid tidak teratur @ hormon tidak stabil
    • 1 biji selepas sarapan, 1 biji selepas dinner. Jika anda masih mengalami haid tidak teratur, anda dinasihatkan mengambil GLA Complex setiap hari sehingga anda dapati haid anda telah mula tetap. Dalam tempoh ini, anda dinasihatkan mengambil Alfalfa Complex juga untuk membantu mengatasi masalah hormon anda.
    • Setelah haid anda mula teratur(kitaran hampir tetap, jika beralih, cuma dalam tempoh seminggu sebelum atau seminggu selepas), anda bolehlah meneruskan pengambilan  GLA Complex hanya pada waktu haid bermula hari pertama haid sehingga waktu subur sahaja. Pada hari selebihnya anda boleh pause seketika daripada mengambil GLA Complex dan memulakan kembali pengambilan pada bulan seterusnya. Sebaik-baiknya sebelum meneruskan pengambilan GLA Complex, lakukan ujian UPT terlebih dahulu untuk memastikan anda bukannya telah hamil. JIKA TELAH HAMIL, PENGAMBILAN GLA COMPLEX HARUS DIHENTIKAN SERTA MERTA.

"SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN CAHAYA MATA YANG SOLEH DAN SOLEHAH UNTUK ANDA BERDUA.." AAMEEN.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: nurul nurshida rosnan
 ✐ Blog: mamazaravitamincentre.blogspot.com
 ✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-6550749
 ➲ COD Area: Ampang , Gombak , WangsaMaju & KL 
lain-lain kawasan berdekatan boleh request dl

0 comments:

Catat Ulasan