Bahaya Asap Rokok Kepada Wanita Mengandung

Bahaya Asap Rokok Kepada Wanita Mengandung

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.







Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah

☢ Melahirkan bayi yang kurang berat badan
☢ Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
☢ Lebih terdedah kepada kanser
☢ Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok

☢ Lebih mudah mendapat lelah
☢ Mendapat jangkitan paru-paru
☢ Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
☢ Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
☢ Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Kesan Asap Rokok Kepada Ibu Hamil dan Janin Yang Dikandung

☢ Keguguran janin
☢ Tumbesaran janin terencat – 30% lebih tinggi
☢ Kematian janin dalam kandungan
☢ Pendarahan dari uri (abruption placenta)
☢ Kurang berat badan – 20 hingga 30%

Kesan Asap Rokok Kepada Bayi

☢ Masalah dan penyakit pernafasan
☢ Perkembangan kecerdasan otot terjejas
☢ Jangkitan telinga
☢ Leukeamia
☢ Kanser otak 22%
☢ Lelah – meningkat simptom lelah
☢ Sindrom kematian secara mengejut


 Tip mudah berhenti merokok:

- Akui anda perlukan bantuan;
- Pilih tarikh berhenti & usaha ke arahnya;
- Dapatkan sokongan ahli keluarga & rakan-rakan dan
- Dapatkan nasihat drpd doktor anda.
Apa yg blh anda lakukan?:

- Banyakkan pengetahuan tentang bahaya merokok & asap rokok basi;
- Luahkan sokongan anda terhadap kempen Amaran Bergambar pada kotak rokok;
- Jadikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia sbg titik permulaan utk anda berhenti merokok; dan
- Jika anda bukan seorg perokok, nasihatilah golongan perokok yg anda kenali agar berhenti merokok serta-merta.
Jika anda terasa ingin merokok, lakukan perkara berikut:

- Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan;
- Kunyah gula² getah atau buah²an tp elakkan benda manis;
- Basuh tangan krn tangan basah mengelakkan anda memegang rokok;
- Lengahkan masa 5 minit atau katakan tunggu sebentar seblm menyalakan rokok;
- Minum air masak & elakkan minuman berkafien;
- Alihkan perhatian anda! Banyakkan aktiviti sihat, bersenam, meditasi & mandi dgn kerap; dan
- Elakkan diri dr tmpt merokok & drpd perokok lain.


 

2 comments:

  1. Asap rokok memang berbahaya...dimana pun saya pergi apabila ada asap rokok..rasa tak selesa...apalagi ada kanak kanak-kanak bersama dengan asap rokok sangat membahayakan kesihatan mereka..
    Jemput berblogwalking ke blog sy http://qasehfirdausshoppe.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Sememangnya passive smoker lebih berisiko utk mendapat penyakit akibat asap rokok berbanding mereka yang active smoker. So kepada mereka2 yg active smoker, pandang2 lah sekeliling dlu sebelum nyalakan rokok tu.

    BalasPadam