BENGKAK KAKI SEMASA HAMIL
Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. Bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu simptom praeklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.
Kurangkan bengkak
Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil yang akan membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan garam sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu.
Anda boleh mencuba cara lain untuk mengawal kebengkakan iaitu dengan menaikkan kaki untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri kerana ini boleh mengurangkan tekanan. Anda juga perlu mengelakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat.
Selain itu, jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings). Stoking tekanan boleh didapati di farmasi.
Anda juga dinasihatkan minum banyak air, bersenam selalu terutamanya berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman.
Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki. Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering. Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin menyebabkan rasa tidak selesa, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan anak.
DAFTARLAH SEBAGAI AHLI,
JADI LAH SALAH SEORANG DALAM GROUP
mamazaravitamincentre.blogspot.com
HARGA NYA LEBIH JIMAT..
ANDA DAH LAMA RASA INGIN MENJADI AHLI SHAKLEE?
ANDA NAK JIMAT DENGAN PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE?
SAMBIL-SAMBIL GUNA PRODUK DAN DAPAT BONUS BERUPA CASH BACK?
Ingin menjadi sebahagian dari kami?
Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% - 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:
------------------------------------------------------------------------------------------------
jika berminat anda boleh terus pm saya
FB nurul nurshida rosnan (KLIK SINI)
FB nurul nurshida vitamin (KLIK SINI)
ATAU
SMS/WHATAPP/WECHAT/TELEGRAM
019 6550749
0 comments:
Catat Ulasan