Bahaya keputihan semasa hamil
Tahukah kalian bahawa:
Kandidiasis atau jangkitan kulat kandida adalah penyebab keputihan terbanyak yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.
Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin jika tidak segera merawatnya.
Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan keputihan kepada ibu hamil:
1 Chlamydia
Keputihan yang dibawa oleh Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.
2 Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).
3 Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.
4 Kuman HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.
5 Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.
Oleh itu, kepada ibu2 hamil jangan sesekali anda mengambil ringan masalah keputihan ini. Sayangi diri anda dan bayi yang dikandung. Jangan kerana kedegilan anda menjaga kesihatan, anda pertaruhkan nyawa bayi anda
Atasi Keputihan Dengan Garlic Complex Shaklee
Garlic Complex Shaklee
Bagi wanita hamil,
bawang putih boleh membantu melancarkan peredaran darah, menurunkan
tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol. Bawang putih juga
berpotensi mengurangkan keletihan
semasa mengandung. Selain itu, kajian daripada Universiti Maryland
Medical Center, menunjukkan bawang putih ini berupaya memusnahkan
bakteria berbahaya, kulat dan virus.
Menurut kajian dari University of
Pittsburgh Medical Center, bawang putih sangat sesuai dan berpotensi
dalam membantu dalam merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan
semasa mengandung. Garlic Shaklee berfungsi seperti antibiotik
semulajadi dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan.
0 comments:
Catat Ulasan