Tips Kempeskan Perut Buncit Secara Semulajadi Untuk Mengelak Digelar Boroi

 Tips Kempeskan Perut Buncit Secara Semulajadi Untuk Mengelak Digelar Boroi

Semenjak dua menjak ni,ramai risau pasal perut buncit. Lagi-lagi 3 bulan lagi nak raya kan.
masing-masing cari pelbagai cara untuk kempes kan perut yang membuncit seperti ibu mengandung. Macam saya pun risau juga,raya ni yang pastinya perut dah 8 bulan. Memang tak dapat kempes la.

Tapi sebelum mengandung dulu pun saya cukup risau kalau perut naik walaupun 0.1 cm. lepas mandi mesti tengok diri sendiri kat cermin,suka atau tak kena terima.sebab cermin tak pernah menipu.
lebih-lebih lagi perut buncit selepas bersalin. dah tentu la hilang keyakinan dirikan.

kalau kita googel macam-macam tips dah produk-produk untuk kempeskan perut dan menurunkan berat badan,betul tak? tapi yang pasti nya walaupun kita ikut tips-tips tu perut masih boroi dan menggeleber.kalau meggelebir semesti nya tak seksi dimata suami.



Jom saya nak kongsi Tips Kempeskan Perut Secara Semulajadi.cepat atau lambat bergantung kepada tahap istiqomah masing-masing dan bergantung kepada penerimaan badan masing-masing. dan kita mesti tahu,setiap badan manusia adalah tidak sama k.kadang-kadang seseorang tu boleh turn berat sampai 5kilo sebulan.ada yang 3kilo dan ada yang tak turun langsung.betul kan?

Jom kita tengok apa sebenar masalahnya..Moga-moga tips yang saya sediakan ni dapat membantu korang semua.

Tips Kempeskan Perut Buncit Yang Boleh Kita Amalkan

1. Minum Air Limau
Cara ni boleh kempeskan perut secara semulajadi.
Pengambilan setiap kali korang bangun pagi dan selepas makan,
Istilah potong lemak sememangnya dikaitkan dengan air limau.

2. Minum Teh Halia
Minuman halia boleh mengeluarkan angin-angin badan
dan berkesan membantu pencernaan secara semulajadi.
Teh halia juga boleh meningkatkan suhu badan,dan bertindak membakar lemak dalam badan terutama sekali lemak perut.
Lagipun mudah ja nak buat minuman halia ni. kat rumah pun boleh buat. modal pun rendah ja.

3. Makan Ikan Salmon
Setakat umur 29 tahun ni tak pernah makan ikan salmon..hehehehe
Sebenarnya ikan salmon ni kaya dengan Omega-3 tau,fungsi nya memecah lemak dan terbukti mengurangkan penyimpanan lemak terutama sekali kat perut.
boleh la lepas ni cuba ya,2 kali seminggu ka..kalau hari-hari mau pokai poket.

4. Kurangkan Pengambilan Gula
huhuhu..rasanya boleh ka tak? kalau g kedai mamak tak tau berapa kilo gula dia letak.
saya kalau minum kat luar minta kurang manis,tapi tetap manis.
Semestinya kita tahu setiap makan minuman ada kandungan gula. Terutama sekali minuman bergas.

woow banyak nya gula



Minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia




Tidak bermakna kita tidak boleh mengambil gula langsung. kalau boleh dalam kuantiti yang sedikit atau kurangkan lah.

5. Tidur Secukupnya sekurang-kurangnya 6-8jam sehari
6-8jam sehari untuk orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman kita cukup rehat bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak dan lemah.

6. Tingkatkan Metabolisme
apa kaitanya nya ye?
haaaa..ni la nak bagi tahu,
perasan tak ada kawan-kawan kita makan banyak tapi tak gemuk pun..
jawapannya kawan kita tu mempunyai metabolime yang tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar lemak tau..

macam mana nak meningkatkan metabolisme?senang ja,tingkatkan pengambilan protein, dengan mengambil soya,kacang dan daging tanpa lemak.

7. Senaman Mudah
Sit up, lakukan sekurang kurang nya 3 kali seminggu.



Rasa-rasanya cukup la tips kempeskan perut ni. harap-harap dengan ada nya tips ni, dapat la membantu kawan-kawan diluar sana kempeskan perut secara semulajadi sebelum Raya ni.

Yang paling penting Jangan Mudah Putus Asa dan istiqomah dengan tips-tips yang diberikan.

SELAMAT MENCUBA .








2 comments:

  1. Saya hanya mampu buat senaman ringan sja. huhuhu

    BalasPadam
  2. kan..kalau rajin senaman lagi bagus..yang tak berapa nak senaman tu jaga cara pemakanan ja la..hehehhe

    BalasPadam