10 Tips KECANTIKAN wanita 30an...Amalkan kalau taknak kulit cepat KEDUT!!!
Oh Wanita 30an..... adakah anda seperti saya
Masa muda tak ambil kisah pasal kecantikan kulit. Sepatutnya bermula umur 25 tahun lagi kita sudah perlu menitikberatkan kecantikan kulit.
Ok la..better late than never...jom kita amalkan tips ini dengan segera, hari ini Jiha nak share 10 tips kecantikan wanita 30an yang perlu kita amalkan.
Tip # 1 : Lakukan rutin CTM
Apa CTM ini? Ini pun agak baru untuk Jiha ye hehehe. Tapi CTM ni sangat penting untuk kita tau. CTM ialah Cleansing, Toning dan Moisturizing.
Ramai di antara kita selalu tidak mementingkan rutin CTM ini semasa
muda (termasuklah saya dulu). Rutin CTM ini penting kerana ia
menyingkirkan segala kotoran pada kulit wajah. Rutin ini juga akan
menampakkan kulit wajah yang lebih segar dan sihat.
Tip # 2 : Pemakanan Sihat
Pastikan anda masukkan buah dan sayur yang banyak dalam menu harian anda. Ini membantu untuk menyahtoksin dan akan menampakkan kulit yang lebih sihat.
Tip # 3 : Makanan Tambahan / Supplement
Vitamin C dan Vitamin E antara
yan paling disarankan untuk ambil untuk memastikan kulit sentiasa
anjal. Supplement ini membantu dalam menghasilkan collagen yang
memastikan kulit anjal untuk jangka masa yang lama.
Tip # 4 : Masker
Oh ini saya suka, saya suka hehehe.
Tip # 5 : Bersenam
Berjalan lah selama 30 minit atau pergi ke Gym. (Untuk mamazara, gym di rumah je, ,
lebih mudah sebab ada anak-anak kecil di rumah kan, nak ke Gym memang
tiada masa nye). Dengan bersenam, bukan sahaja bagus untuk kulit tetapi
juga bagus untuk blood cell. Bersenam dengan kerap dapat mengelak dari
stress dan seterusnya menghalang pembentukan jerawat.
Being healthy and fit = Beautiful skin naturally.
Tip # 6 : Exfoliate
Exfoliate atau scrubbing ni bagus untuk menyingkirkan sel kulit yang
telah mati. Scrub mudah dengan mix kan gula halus dengan perahan jus
lemon serta sedikit madu. Wallah, segar lepas tu hehehe.
Tip # 7 : AIR!!!!
Air penting untuk hidrasi kan kulit anda dan juga penting untuk
menyahtoksin tau. So pastikan anda minum air dengan banyak. (Tips :
Minum 1liter air untuk setiap 25kg berat badan kita)
Tip # 8 : Hidup Sihat
BERHENTI MEROKOK kerana ianya menyalurkan lebih banyak toksin ke dalam badan dan menyebabkan kulit anda jadi kusam.
Tip # 9 : Krim Malam
Ini pun penting bagi merawat kulit semasa anda tidur. Hasilnya anda akan dapat kulit tona sekata.
Tip # 10 : Krim bawah mata
Garis halus dan kedutan akan mula menjengah di umur 30an ni tau. Sapukan
krim mata di keliling mata especially di bawah mata untuk menghalang
dark circles atau eye bag dari menjelma hehehe.
Bertindak segera kalau taknak cepat kedut!!! |
Ok have fun taking care of yourselves. Enjoy
0 comments:
Catat Ulasan