Keguguran Pada Awal Kehamilan - Part 1

Keguguran Pada Awal Kehamilan - Part 1


assalammualaikum..

alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental. Ya Allah besarnya dugaan Mu terhadap ku,walau apa pun hamba Mu ni menerimanya dengan Redha. Tiada yang baik selain daripada perancangan daripada Mu.

Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan?

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini.
7/10/2014 aku disahkan hamil 2 bulan.syukur alhamdulillah .1 hari sebelum sempena hari jadi suami ku ini lah hadiah paling megembirakan. sepanjang aku mengandung ni,aku sikit pun tidak mengalami apa-apa alahan berbanding semasa mengandung anak pertama.alhamdulillah.

tapi kegembiraan kami hanya sementara 14/10/2014 aku turun darah.darah pekat bersama ketul-ketul darah beku.disudut hati ni dah mula pasrah.dah mula redha,kalau anak yang aku kandung ni tak dapat diselamatkan adakah salah aku kerana tidak menjaganya dengan baik.menitis juga air mata mama ni.sambil mama usap-usap perut mama..anak mama kuat kan.ada 7bulan ja lagi bertahan la.mama,abah dan kakyong zara tak sabar tunggu baby.



suami di tempat kerja bergegas balik kerumah,bawak aku ke Hospital Ampang.sakit tu boleh tahan jugalah macam nak datang bulan. sampai ja hospital daftar dekat PAC. lama nya tunggu sementara nak panggil nama,sakit ni dah tak tertanggung dah. sambil-sambil tu sempat la snap gambar walaupun sebenarnya kamera tak dibenarkan.



Dewan Bersalin

Hati dan Jantung Mama

Terima Kasih Kerana Sentiasa Bersama Mama

selepas 30minit aku kena tukar pakai kain checking time.ohhh seram sejuk pulak teringat anak pertama dulu kena buat VE.apa tu VE? VIGANIA EXAMINATION.

Masuk 2jari tau..Sakit sikit ja


Masa VE tu ternampak lah glove doktor tu ada darah .hati ni dah sayu sangat nak tanya pun rasa dah berat hati semua nya berserah ja,lepas tu aku dibawa g scan perut pulak.
dalam tempat scan pun aku dah tak cakap banyak.tak seperti aku mengandungkan zara dulu.excited semua aku tanya tapi tak kali ini.sebab hati dah bebelah bahagi 50-50.

Nampak tak saya ada dalam Perut Mama




Apa yang doktor bagi tau ada 3 kemungkinan pendarahan ni terjadi
  1. diawal kehamilan - tak semua terjadi pada ibu-ibu mengandung
  2. salah tarikh - saiz baby kecil tak seperti 2bulan
  3. kemungkinan tak menjadi kehamilan ni.
doktor bagi kat temujanji lepas 2 minggu datang balik,dengan harapan tarikh aku bagi tu silap. mungkin doktor nak sejukkan hati kot.doktor perempuan lebih memahami perasaan ibu-ibu hamil.
keluar dari bilik tu dengan sayu tak tau nak kata apa.suami bagi kata-kata semangat agar aku kuat tempuhi dugaan ni.



balik ke rumah denga penuh tanda tanya.tak pa la doktor dah pesan balik rumah dan bayak kan berehat. dan teruskan makan Acid Folic.
nanti kan Keguguran Pada Awal Kehamilan - Part 2

0 comments:

Catat Ulasan