Keguguran Pada Awal Kehamilan - Part 2
assalammualaikum..alhamdulillah,terima kasih Allah memberi aku kekuatan menjalani hidup ni setelah diberi ujian besar ,tapi aku bersyukur aku dikurniakan kesihatan yang baik ,suami ,anak dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat.terima kasih semua.
Boleh baca keguguran pada Awal Kehamilan - Part 1 DISINI
15/10/2014
macam biasa setiap hari rutin ku dirumah,memgemas rumah dan meyediakan makanan untuk suami dan anak.sambil-sambil melayan kastomer kat online dan Fb.alhamdulillah rezeki mencurah-curah. Pada petang harinya aku rasa kurang sihat,perut memulas-mulas dan sakit sangat.aku ingat pekara biasa,sebab semalam baru sahaja check hospital.
Aku pun cuba merehatkan diri, sambil meletakkan 1 bantal dipinggang untuk mengurangkan sakit yang teramat sangat , macam urat yang di carik-carik dan 1 bantal lagi di kaki.aku cuba melelapkan mata.tapi tak boleh juga.aku cuba memberanikan diri pergi ke toilet dan mendapati darah turun semakin banyak, penuh pad sedangkan baru ja tukar sebelum aku merehatkan diri tadi..dah macam paip bocor.
D&C |
tunggu Dr Azlin |
air mata mula bergenang, sebab aku dah dapat merasakan yang kandungan aku memang tak dapat diselamatkan. suami pun bergegas bawa aku ke hospital,sebab memelihat aku dah tak bermaya. sesampai nya di hospital aku di bawa ke dewan bersalin.suami dan zara tunggu kat luar. macam biasa la doktor buat viginia examination.terkejut juga la bila doktor kata dah bukaan 1cm,patut la sakit sangat dan aku mendapati banyak ketulan-ketulan darah yang dikeluarkan. salah 1 ketulan tu adalah janinku.. dalam dewan tu air mata mencurah curah.nasib baik di tenangkan oleh doktor Azlin yang merawat aku tu. dia tunjuk la, yang janin tu dah ada tunas-tunas tangan.
"baby walaupun kamu hanya 2bulan didalam perut mama,mama rasa kebahagiaan tu sayang" maafkan mama sayang" |
selesai D&C aku dibawa ke bilik
scan untuk pastikan dalam tiada apa-apa tertinggal didalam nya. aku
dinasihatkan agar banyak bersabar dan cuba kehamilan akan datang. masa
dalam bilik scan tu aku dah boleh kawal hati dan persaan dengan redha.
dan aku dibenarkan pulang .
setelah
melangkah keluar dari bilik scan aku buat seperti tak da apa..cuma
fikir pekara dah lepas jangan kenangkan,bawa bersabar,jangan menagis
depan suami. aku pergi toilet tukar pakaian.
keluar
dari dewan bedah aku cuba kawal diri daripada menagis.tapi tak
boleh,tengok ja muka suami berderu air mata ni..suami peluk cium dahi
tanda paham..
masuk
dalam kereta suami pesan ingat Allah sayang. Ada sebabnya Allah menguji
kita, Allah uji kita sebab Allah sayang kita,ujian tu tanda Allah cinta
kita.
terima kasih suami ku.
Walaupun
saya telah dikurniakan hanya seorang anak, dan gugur 1 kali
tapi saya terima dengan hati terbuka, Tak mengapa itu semua adalah nikmat yang allah berikan pada
kita, yang kita tempohi ini dapat
mengurangkan dosa-dosa kecil kita dan insyallah dapat meningkatkan
kesedaran dan ketakwaan kita kepadaNya. Insyallah... Walau hanya seorang
Puteri sahaja insyallah saya akan jaga dan belai serta saya akan
berikan sepenuh kasih sayang saya kepadanya dan insyallah saya akan
jadikan dia seorang anak yang solehah... amin....
TANDA-TANDA KEGUGURAN
1. sakit
mengalami kekejangan pada pelvic
sakit perut yang berterusan
2. pendarahan
bertompok-tompok atau banyak
3. kehilangan tanda kehamilan
badan kembali normal, dimana tanda hamil seperti mabuk hamil,keletihan ,sakit pinggang
4. ketiadaan denyutan jantung bayi
5. tiada pergerakan janin
6. sakit belakang
sakit yang teramat sangat dan rasa kekejangan dibahagian belakang
7. ujian positif bertukar kepada negatif
8. Lelehan faraj
darah ketul,tisu seperti daging keluar dari farah
9. serviks terbuka
Semoga shida tabah dalam menghadapi semua ini. Semuanya adalah ketentuan Allah....moga dalam waktu akan datang shida akan diberikan karunia kehamilan sekali lagi oleh Allah. ..aamiin....
BalasPadamterima kasih nila.
BalasPadamAs Salam sis..Ya Allah..sedihnya baca cerita sis..saya pun baru je mengalami nasib yg sma mcm sis..anak pn bru sorg perempuan..tp Allah masih sygkn kita..sbb dia masih kurniakan kita zuriat yg pertama..
BalasPadam